Sunday, April 22, 2012

masih memendam rasa.

aku masih pendam rasa ini. sendiri. tanpa ada sesiapa yang cuba untuk memahami bahawa aku sudah penat begini. cuba untuk meninggalkan sesuatu yang memang senantiasa bermain dalam jiwa pencinta ini. aku sekadar kelihatan makin matang dari hari ke hari. namun, hakikatnya. aku cuma makin kehilangan maya dan rentak untuk terus bernafas dan bertatih dalam mencari erti kehidupan.

tatkala jiwa ini kosong, barulah jari aku rancak untuk mengatur rentak. mungkin itu cuma aku. betah menulis hanya tatkala aku kepingin menangis. maaf andai aku terlampau mendesak. namun, itu cuma aku.
seandainya ada sesiapa yang cuba untuk memahami jiwa kompleks ini, pasti akan berakhir dengan jalan buntu saja. kerna aku memang sukar untuk difahami oleh kalian. maaf.

aku tak mudah untuk mempamit rasa sebagaimana yang kalian betah lakukan. kerna aku lebih ampuh sebagai pemendam rasa berbanding sebagai peluah rasa. andai pahit untuk aku pendam, aku kira lebih pahit lagi seandainya aku luahkan pada khalayak. biarlah aku seksa sendiri. mungkin itu sudah tersurat sejak azali. bahawa aku takkan pernah bahagia selagi terus dengan pembawaan sedemikian rupa.

mungkin lebih mudah untuk aku pamer wajah dengan lekukan yang kalian gelar sebagai 'senyum' daripada aku terus kongsi rasa. meski balasannya lebih perit, namun aku lebih selesa begitu. biarlah, cerita hidup aku terus terbuku tanpa dinodai oleh pemikir ulung seakan kalian. biar perit ini terus mati kelak. harapnya. biarkan ia terus terkubur tanpa diusik oleh sesiapa.

aku tak seampuh kalian. tidak! aku cukup lemah seandainya ia membabit ruang rasa. aku pasti tertewas seandainya ruang rasa itu yang memenuhi rongga. aku pasti tersungkur. jatuh tewas terus dalam perjuangan seandainya soal rasa itu yang kau jadikan modal pertelingkahan ini.

*semoga kau faham*

No comments:

Post a Comment

Followers