Saturday, April 19, 2014

kadang kadang..

kadang kadang mesti kita rasa yang kita ni penting dalam hidup seseorang.
kadang kadang kita rasa kita dah buat macam macam untuk seseorang tu.
kadang kadang tentu kita rasa dia akan ambil berat pasal kita.
tapi itu semua kadang kadang...

...

Dalam hidup ni, kalau baik sangat pun dengan orang, kadang kadang kena pijak juga. Tak tentu lagi pun orang yang kita buat baik tu, akan buat baik jugak pada kita. Silap silap dia siap pedajal kita lagi.

Mungkin orang yang paling kita rapat dan sayang hari ni, akan jadi orang yang paling kita benci esok. Mana tahu apa takdir yang tertulis dekat atas sana.


Friday, July 26, 2013

jawapan untuk sang cermin ~



Di balik cermin mimpi 
Aku melihat engkau 
Di dalam engkau 
Aku melihat aku 
Ternyata kita adalah sama 
Di arena mimpi yang penuh bermakna

(M Nasir, petikan dari lagu Di Balik Cermin Mimpi)


lagu itu, antara yang menjadi kegemaranku. biar pun jarang singgah di telinga sesiapa, namun tetap dekat di hati aku. liriknya cukup bermakna. dan apabila aku kenal kau wahai cermin, lirik itu bertukar tiga ratus enam puluh darjah konteksnya. makin mendalam untuk aku hayati.

sesungguhnya, soalan yang aku campak tiada makna berat untuk aku kupas, atau untuk kau fahami. sekadar soalan logik yang memang aku ajukan pada sesiapa saja yang aku rasa perlu. dan kiranya, aku hanya ingin mengetahui dirimu dengan lebih lanjut. apakah kau benar benar cerminan aku pada laras sempurna yang tiada beza meski sekelumit. 

si pemakai jam di tangan kanan, pada pandangan aku lebih unik. jarang aku jumpa mereka yang memakai jam di tangan kanan. mereka lebih senang simpan rasa. atas kerana itu, aku tertanya tanya sama ada kau tergolong dalam golongan itu. dan aku kira jawapanya tidak.

begitu juga dengan mereka yang memegang tinta di tangan kiri. cirinya hampir saja sama. uniknya letak pada jiwa. mereka lebih senang untuk berdiam diri. dan seorang yang pandai memalsu rasa sehingga kadang kadang menjerat jiwa. ini melalui pemerhatian aku sendiri. 

itu yang aku cuba fahami dari engkau. kompleks rasa yang rumit. satu lagi yang aku rasa kita kongsi, adalah minat pada muzik dan seni. dengar dari cerita kau, aku tahu kau minat seni. cerita kau di zaman sekolah dulu sudah cukup untuk aku simpulkan sesuatu. kita sama dari aspek itu juga. dan dari segi pilihan muzik. 28 memang mencetus bonding yang kuat antara kita ! brofist ! haha. 

post kau , post seseorang siswa, kalau kau nak tahu, aku guna gambar yang hampir sama dekat entry aku suatu ketika dulu. sewaktu aku masih bergelar pelajar semester satu Asasi Undang Undang UiTM Kuantan, dan sewaktu aku masih menginap di Kampus Padang Lalang lagi. itu kebetulan ? atau misteri ? ahaha. kau rasa ?

28 memang letak kita pada satu tahap yang kadang kadang aku sendiri konfius. apa kau memang kebetulan, atau kau cermin, atau kau jelmaan, atau kau misteri, atau kau memang takdir yang datang untuk buat aku lebih berfikir dan mengagumi kekuasaan dari Yang Atas.


"peduli, tapi dengan cara sendiri."



Thursday, July 25, 2013

gaduh sini sana

dah lama tak buat sesuatu di luar kotak biasa. terlampau asyik terikat dengan rasa, sehingga hampir saja memusnah jiwa. aduh. palat sungguh perasaan ini. kalau saja bisa aku tolak, sudah lama aku campak saja semua rasa. biar terbang jauh masuk angan angan semalam. bahasa aku kompleks, sama seakan jiwa. namun dalam kompleks nya itu, tetap hadir rapuh kadang kala. 

okay, hari ni nak cuba kembali ke gaya penulisan dulu. woot woot ! hello jiran depan rumah yang duk sakan bergaduh malam tadi, dah settle belum problem korang semalam ? kot kalau nak gaduh pun lain kali, tak perlu kot sampai jerit jerit dekat luar rumah. settle elok elok dalam rumah boleh kan ? dalam kelambu ke ? opssss, semalam kan malam jumaat. hihi. 


bukan apalah, aku rasa tak molek gila kot kalau korang nak gaduh macam tu. memekak dekat tengah jalan sampai tengah malam. jiran jiran semua dengar kot. dan dalam ramai ramai tu, mesti ada budak kecik. sedar tak yang korang dah letakkan mindset yang tak berapa nak bagus dekat bebudak kecik tu ? korang dah jadi role model yang tak bagus untuk depa yang baru nak membesar tu. mungkin dorang akan buat conclusion yang bergaduh tetengah orang ramai tu adalah benda normal. tak salah pun. itu yang korang nak ?  nasib baik aku takde anak lagi, kalau tak jenuh aku nak sumbat telinga depa supaya tak dengar apa yang digaduhkan tu.

tapi aku rasa aku silap juga semalam. lagi selesa nak jadi pemerhati daripada pergi untuk cuba leraikan pergaduhan semalam. ish ish. nak buat acane kan. yang bergaduh tu pasangan suami isteri. mahu aku kena pelangkung pulak sat gi kalau tetiba pi sua muka nak tenangkan depa. sia sia je raya nanti muka aku bengkak sebelah. lagipun, bila aku nak keluaq pi tolong, mak aku duk larang. risau kalau sat gi jadi apa apa dekat aku. selaku anak yang baik dan menurut perintah ibu, aku turutkan jua kata bonda tercinta ku itu. ye lah, syurga kan di bawah telapak kaki ibu. dapat pulak tengah ramadhan ni kan. :)

cuma, sempena dengan bulan Ramadhan ni, cuba lah untuk elakkan diri dari terlibat dengan sebarang pergaduhan atau salah faham dengan mana pihak sekalipun. tak kisah lah atas sebab apa. cuba elakkan pertelingkahan. dan semaikan rasa kasih antara satu sama lain. sebenarnya, bukan Ramadhan je. dalam bulan bulan lain pun, tak molek kalau duk asyik nak bergaduh. jaga hubungan kita sesama manusia k. 

Wednesday, July 24, 2013

syukur..

hari ini aku tertarik untuk berbicara soal syukur. syukur pada dasarnya, kau benar benar faham ? boleh jadi kita rasa kita sudah benar benar bersyukur dengan sesuatu perihal, namun rasa itu sementara. selepas itu, kita kembali ke sudut normal. mula mengungkit dengan apa yang ada.

aku berbicara soal ini, kerana hujung minggu yang lepas aku sempat berkunjung ke Kuantan, daerah yang pernah singgah di hati dan rasanya akan kekal di dalam sanubari. *okay, ini merepek* waktu berada di sana, rutin seperti waktu asasi dahulu aku laksanakan. berkunjung ke mall dengan niat sekadar mencuci mata.

masuk ke satu kedai. aku lihat sahaja keadaan sekeliling kedai tersebut, penuh sesak dengan orang ramai. tiba tiba aku ternampak si comel berusia dalam lingkungan 2 tahun, berlari lari pusing keliling kedai itu. ahh, sungguh menawan hati. bila agaknya aku akan dapat peluang untuk memilik anak sedemikian. *ah okay, merepek lagi. bukan si comel yang cilik itu yang aku mahu perihalkan. tetapi ibu bapa kepada si cilik tersebut*

aku perhati saja gelagat si kecil itu, yang kemudiannya berlari ke arah lelaki dewasa, yang aku kira sebagai ayah kepada kanak kanak tersebut. aku lihat saja wajah lelaki itu. sugul, namun dalam sugulnya itu tetap hadir garis lekuk senyum. dan dengan sabarnya melayan kerenah anaknya. lelaki itu tampil cukup ringkas, lengkap berkopiah. sekali sekala, matanya melirik ke sekeliling kedai. seakan akan mencari seseorang. mungkin sedang mencari pemegang jantung hatinya, *yakni isteri*.

untuk beberapa ketika, mata aku melekat pada pasangan ayah dan anak ini. kerna aku rasa mereka cukup istimewa. tiada yang terpancar, tapi aku rasa sesuatu apabila melihat mereka. mereka miliki sinar, sinar keimanan itu. dan sedang aku ralit, tiba tiba seorang wanita bertudung labuh hadir dan mendekati mereka. menuju ke arah lelaki berkopiah itu.

dan aku terdengar perbualan mereka. maaf, tiada niat langsung untuk mencuri dengar, namun aku berada sungguh hampir dengan mereka. dan perbualan itu memang aku TERpaksa dengar. lol. 

dan ini antara butir perbualan mereka ;

isteri : abang, boleh bayarkan ini ?

suami : eh saya ? bukan awak baru withdraw ke tadi ?

isteri : ye, tapi saya withdraw rm100 je tadi. dah beli barang lain tadi.

suami : eh tapi duit saya ini untuk kita berbuka kejap lagi.

isteri : oh kalau macam itu, tak pe lah. saya tak beli baju ni.

suami : eh takpe takpe. meh saya bayar.

ps : perbualan mereka dalam dialek kelantan, so pepandai la imagine sendiri k.

aku terus terfikir sejenak. mereka sudah berumah tangga, dan memiliki cahaya mata. namun masih dalam situasi begitu. dan aku pasti, mereka masih dalam redha dan tetap berada dalam syukur.

okay. dekat sini bukan aku nak sentuh pasal apa. cuma, lepas dengar apa yang mereka bualkan, terus aku terdiam sejenak. sedang kita, dalam usia muda terlampau asyik dalam kemewahan. dilimpahi dengan gadjet gadjet canggih, dan lihat saja sempena bulan Ramadhan ini. ramai yang kononnya iftar dengan kawan kawan di tempat tempat mewah, yang harganya aku kira mungkin kadang kadang hanya mampu dibayar oleh mereka yang sudah bekerjaya.

namun, pernah tak terlintas dalam hati kita untuk sebut lafaz syukur ? jarang sungguh kalimah itu singgah dalam sanubari kita. cukup jarang. sedangkan itu lah yang sewajarnya jadi peneman kita terutamanya dalam bulan mulia ini. aku menulis bukan kerana aku sempurna. aku juga masih dalam proses mengejar sempurna itu. namun, tak salah untuk kita saling mengingatkan. maaf kalau ada yang tersinggung. ini juga peringatan untuk aku. Assalamualaikum.




Tuesday, July 23, 2013

kebetulan ?

kau aku, kita sama ? atas dasar kebetulan, atau kau aku memang sama ? itu persoalan yang jawapannya perlu kita rungkai. mungkin pertemuan ringkas itu buat aku banyak berfikir. bahawa dalam dunia ini memang ada mereka yang seakan sama dengan kita. selama ini aku ingat aku seorang, tiada siapa siapa yang membawa rentak serupa seakan aku. aku rasa konteks jiwa ini kompleks untuk disamakan dengan siapa siapa saja. ah aku silap. kau aku, sama. berkongsi segenap ciri yang serupa.

siapa sangka kau banyak buat aku berfikir. aku pemerhati. kau juga pemerhati. aku ambil masa untuk lihat pembawaan diri setiap individu, sebelum aku cuba bertatih masuk ke dalam kelompok mereka itu. dan aku kira, kau juga seorang pemerhati. bijak mentafsir apa yang aku cuba tafsir juga. permainan kita serupa. kau buat aku berfikir lagi. aturan dari atas memang indah, buat aku rasa aku hamba hina. kerna cuba menafi sesuatu yang memang sudah terzahir hak nya. ah aku silap.

aku kagum bagaimana kau boleh berfikir sedemikian rupa. kerna itu memang corak pemikiran aku. aku hormat bagaimana cara kau melontar sesuatu, kerna itu jua memang cara aku. dan aku takjub dengan cara kau mempamit sesuatu rasa, kerna ianya memang serupa dengan cara aku. ah, serupa. kompleks tapi cukup indah aturan dari atas.

kau nampak seakan tiada ambil peduli akan hal sekeliling, tapi pada dasar hakikat, kau lah yang paling meletak seratus enam puluh peratus konsentrasi dalam segenap bicara dan perilaku yang berlaku di dalam ruang pendirian kau tatkala itu. aku masih lagi simpan rasa kagum aku, bila kau suakan aku dengan soalan soalan yang selama ini aku simpan kejap kejap dalam hati paling bawah. soalan yang selama ini terbuku kerana aku tiada pernah jumpa siapa siapa yang sesuai untuk aku bertanya akan perkara yang sama. bila aku jumpa kau, itu mungkin aturan.

melihat dari cara kau menulis saja, aku sudah nampak aku. pernah suatu ketika dulu, dalam ruang usia yang sama, aku juga guna cara yang sama. ideologi yang sama. dan dari itu aku kenal kau lagi dalam. kerna melalui penulisan, banyak yang kita boleh kupas dari insan tersebut. tiada banyak yang berbeza. kau aku, kongsi sesuatu yang sama. unik.

kau boleh saja nampak isu yang berlaku meskipun kau kelihatan tiada pernah ingin letak peduli dalam hal tersebut. kau pandai main watak, lakon jiwa dan nyanyi hati. dan itu memang aku. aku lihat kau, aku nampak aku. cerminan pada masing masing. selama dua puluh tahun meminjam nyawa dan menghirup nafas atas bumi al haq ini, kau yang pertama aku rasa berkongsi ciri kompleks yang hampir semuanya serupa dengan aku. 

banyak lagi yang aku tafsir tentang kau. dan banyak lagi yang aku fikir tentang kau. dan sekarang, aku masih menanti benar, sama ada itu hak atau batil. jawapan itu pasti datang. sama ada cepat atau lambat. dan biarlah aku tunggu dan lihat sejauh mana kebenaran itu akan tersingkap. atau itu sekadar kebetulan. kerna aku tahu, perkenalan aku dengan kau baru saja bermula. masih banyak dan jauh lagi untuk aku rungkai.

tiada motif untuk aku tulis semua ini. tapi aku rasa ini aturan, atau mungkin saja kebetulan. aku sendiri terpempan bila fikir akan semua ini. seakan cerita pelik. pelik yang tiada kesudahannya, makin disingkap, makin memerangkap. ah bahasa aku sampah. abaikan. haha.




aku rasa kau tahu kau siapa. aku ada dua soalan yang aku simpan sejak dari malam lepak dekat Taj hari tu.
   1. kau tulis guna tangan apa ? 
   2. kau pakai jam tangan apa ?
ada sebab kenapa aku tanya soalan ini. :)



                                                                                                                      nota ringkas dari ;
                                                                                                                           sang cermin



Monday, July 22, 2013

apa yang kau percaya ?

percaya itu, pada dasarnya ada pada setiap individu. namun, ianya sesuatu yang sukar untuk kau serahkan kepada orang. percaya itu, kau akan simpan kejap kejap dalam kotak rasa paling bawah dalam diri. tiada mungkin ada yang berani menyerahkan kepercayaan bulat bulat terus kepada seseorang yang baru dikenali. hanya apabila setia itu telah kau raih, dan selesa itu telah kau peroleh, maka percaya itu akan hadir sendiri. tanpa perlu diundang lagi.

hakikatnya, tiada sukar untuk kau meraih percaya. asal kau ikhlas di dalam sebarang urusan, nescaya percaya itu akan mampu kau raih. cuma ingatlah, sekali kau telah peroleh percaya dari insan lain, jangan sekali kau berani untuk musnahkan percaya itu. kerana ketahuilah di saat percaya itu kau hancurkan, tiada mungkin lagi kau akan peroleh percaya yang serupa dari pemilik hati yang telah kau nodai.

permainan percaya ini mudah. namun manusia yang menjadikannya kompleks. peraturannya indah, namun manusia jugalah yang meletakkan cela sendiri terhadap percaya yang lahir itu. kau percaya aku, aku percaya kau. cukup, itu saja yang perlu ada.

tapi apa yang lebih kerap terjadi sekarang adalah sebaliknya. tatkala percaya itu telah diraih, terlampau ramai insan alpa yang akan mengkhianati percaya itu. dan sesalan hanya akan hadir apabila percaya itu telah lenyap. apa guna kau menangis meraung untuk mengintai semula percaya yang kau sendiri lempar jauh jauh dulu. cukup sekali kau khianati percaya yang aku beri, sampai sudah tiada mungkin akan aku serah lagi percaya ini. biar aku tanggung sendiri, rasa sakit yang membelenggu jiwa daripada hati ini terus dikoyak oleh kau.

cukup sekali kau pijak percaya yang aku beri. cukup sekali kau lempar percaya yang aku bagi. sudah. aku tiada akan serah semula percaya yang kau sendiri memang tiada layak untuk perolehi. dahulu aku bodoh, untuk percaya bulat bulat apa yang kau lafazkan. cukup sekali semua itu berlaku.





"sekali kau khianati, selamanya kau akan hilang aku".





Friday, July 12, 2013

Maaf..

Maaf. Aku bukan lupa kawan. Aku bukan lupa semua itu. Aku cuma perlu waktu. Untuk aku faham. Apa sebenarnya yang berlaku. Kalian cari aku bila kalian rasa perlu. Bila kalian mahu. itu saja.

Followers